Roti Asas mudahh dan InshaAllah menjadi punya


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ


Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca! 😘

Pada hari ini, saya akan berkongsi sebuah resepi roti yang agak mudah, lembut dan InshaAllah menjadi! yang penting, roti ini perlu dibuat dengan penuh kasih sayang dan roti ini akan menjadi lebih sedap. sudah tentu ramai yang nak buat roti kn? tapi selalu tak jadi? jangan risau, dengan resepi yang bakal saya kongsikan, inshaAllah akan menjadi dan akan selamat masuk ke dalam perut dan mengenyangkan anda semua heheee..
Semoga resepi yang bakal saya kongsikan ini akan memberikan manfaat kepada para pembaca yang disayangi sekalian!



Roti 
Oleh: R D Nee

Bahan-bahan

Bahan A
1 paket yis (11g)
1 cawan air suam
4 sudu besar gula
2 sudu besar susu pekat manis
Sebiji telur

Bahan B
3 ½ cawan tepung gandum / high protein
2 sudu planta


Tepung High Protein


Cara-cara

Masukkan semua bahan A kecuali telur ke dalam sebuah bekas yang besar (yis akan berbuih serta mengembang.bekas yang lebih besar akan mengelakkan daripada bahan melimpah keluar) dan tunggu sehingga 10 minit

*nota penting – jika yis berbuih dan mengembang, itu tandanya yis tersebut boleh digunakan dan dalam keadaan baik. Jika yis tidak berbuih , jangan gunakan kerana yis tersebut telah rosak
Setelah 10 minit masukkan sebiji telur dan kacau sehingga sebati

Bancuhan yis

Dalam bekas lain, gaulkan tepung dan planta sehingga sebati

Kemudian, masukkan yis yang telah dibancuh sedikit demi sedikit ke dalam tepung dan gaul. Bancuhan yis perlu dimasukkan dalam kadar sedikit demi sedikit untuk mengelakkan doh menjadi cair dan melekat-lekat.

Gaul dan uli doh sehingga tidak melekat pada tangan, lembut dan licin (kira-kira 20-30 minit dengan menggunakan tangan. Mungkin agak memenatkan tetapi usaha itu pasti berbaloi kerana roti akan menjadi lembut)

Rehatkan doh dalam jangka masa satu jam (tutup bekas dengan menggunakan plastic wrap) dan doh akan mengembang sehingga 2 kali ganda.

doh yang mengembang 2x ganda 

Tumbuk doh untuk mengeluarkan angin dan rehatkan kembali doh (pastikan bekas ditutup denga plastic wrap) selama 20 minit

Uli doh untuk menjadi bun dan roti idaman anda!

Selepas dibentuk, rehatkan doh untuk mengembang dan lembut.


Sapukan mentega cair atau bancuhan kuning telur untuk dapatkan warna permukaan roti yang cantik

Bakar 150 darjah celcius selama 20-30 minit (mengikut kesesuaian oven masing-masing)

Setelah siap dibakar, sapukan dengan susu cair atau marjerin cair supaya roti lembut dan kekal gebu

doh yang telah dibentuk, direhatkan dan dimasukkan ke dalam oven 

bun kosong (boleh dicicah dengan kuah kari daging atau air kopi o pun sodapp hehehe) 

roti sosej


Semoga resepi yang saya kongsikan akan memberikan manfaat kepada anda semua!





Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Aku Tidak Mahu Lagi STPM

Asal Usul Bahasa Melayu STPM

Pavlova sedap dan tak susah