Asal Usul Bahasa Melayu STPM

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ


Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada para pembaca 😘

Semoga nota yang saya kongsikan dapat memberikan manfaat dan menjadi kemudahan anda semua untuk dijadikan sebagai bahan rujukan 😄




ASAL USUL BAHASA MELAYU

KONSEP MELAYU

a)Definisi awal Bahasa melayu

1.Umum mengakui bahawa penutur Bahasa Melayu ialah orang melayu

2.Terdapat beberapa teori mengatakan bahawa penutur Bahasa Melayu berasal daripada kelompok manusia yang dinamakan Austronesia

3.Mereka berasal daripada Yunani bergerak dalam dua gelombang pergerakan dan mendiami asia tenggara iaitu
-sejak 2500 sebelum masihi disebut Melayu Proto
-sejak 1500 sebelum masihi disebut Melayu Deutro

4.Harry judge (1991) dalam bukunya oxford illustrated encyclopedia: history of the world: from earliest times to 1800 mencatat Bahasa melayu campa telah wujud sejak abad-2 masihi. Sekarang tempat kerajaan itu ialah di Vietnam Tengah
Bukti : batu bersurat bertarikh 4 masihi yang ditemukan di Dong Yen Chau, Vietnam Selatan menggunakan beberapa perkataan Bahasa melayu seperti yan (yang), naga (naga)

5.Tahun 100-150 Masihi M.Ptolemy menggunakan istilah melau-kolon dalam karyanya Geographike Sintaxis yang merujuk kepada suatu tempat di utara pantai timur iaitu Tanjung Kuantan. Perkataan itu berasal daripada Bahasa Sanskrit iaitu malayakom atau malaikurram

6.Dalam kitab Hindu purba berjudul Purana terdapat perkataan Malaya dvipa. Menurut Sir Ronald Braddell bermaksud Pulau Sumatera tetapi para sarjana india mengatakan bahawa ia bermaksud beberapa buah gunung di semenanjung tanah melayu

7.Perkataan Mo-lo-yeu terdapat dalam buku catatan pengembara cina pada zaman dinasti tang. Ditulis sekitar 644-645 M mengatakan bahawa terdapat utusan dari sebuah kerajaan mo-lo-yeu telah mengirimkan utusan ke negara china

8.Dalam buku kesusateraan china ada pengembara cina singgah di nusantara. Tulisan tersebut mengatakan bahawa Bahasa yang dituturkan ialah Bahasa k’un-lun iaitu Bahasa melayu kuno

9.Rahib Buddha iaitu I-tsing menggunakan kata mo-lo-yue merujuk kepada 2 buah kerajaan melayu iaitu kerajaan melayu di Sg Batang dan kerajaan sriwijaya di Palembang yang dilawatinya pada 675 masihi dan Bahasa melayu digunakan sebagai Bahasa pengantar untuk mengajarkan Bahasa sankskrit dan falsafah agama Buddha

10.Sebuah patung gangsa bertarikh 1286 masihi ditemukan di Padang Rocore Batanghari dibelakangnya tercatat perkataan ‘malaya’ atau ‘melayu’


b)Definisi dari segi etimologi (cabang ilmu Bahasa mengenai asal usul perkataan dan perubahan pada bentuk dan maknanya)

1.Zuber Usman- perkataan melayu berasal daripada perkataan Himalaya dan dipendekkan menjadi Malaya dan ditukar menjadi melayu. Dalam Bahasa Sanskrit hima ialah salji alaya ialah tempat dan Himalaya tempat asal orang melayu

2.Bahasa jawa kuno- mlayu membawa maksud mengembara atau pergi ke mana2 kerana tindakan orang melayu berpindah dari yunan hingga ke nusantara

3.Perkataan melayu juga berasal daripada perkataan Malayapura yang tertulis pada batu bersurat Bukit Gombak Satu di Sumatera bermaksud kota melayu/ kerajaan melayu

4.Pengkaji- melayu berasal daripada pamalayu bermaksud ekspedisi melayu iaitu penyerangan dan penguasaan terhadap negeri melayu

5.Van Der Tuuk, tokoh ilmuan belanda dan pengkaji kebudayaan Indonesia- melayu bermaksud menyeberang kerana orang melayu menyeberang atau menukar agama daripada hindu-buddha kepada agama islam

6.Buku sejarah melayu- melayu dengan nama sebatang sungai deras alirannya iaitu Sungai Melayu


c)Definisi berdasarkan bangsa

1.Perlembagaan persekutuan perkara 153 – melayu merujuk kepada orang/ warganegara Malaysia yang berbahasa melayu , mengamalkan cara hidup melayu dan beragama islam

2.Pertubuhan pendidikan, sains dan kebudayaan pertubuhan bangsa-bangsa bersatu atau UNESCO- melayu ialah satu keluarga bangsa yang mempunyai satu keluarga bangsa yang mempunyai satu keluarga Bahasa yang sama, bentuk fizikal tubuh badan yang hampir sama, berkulit sawo matang, rambut lurus dan mempunyai ketinggian yang sederhana (merujuk kepada bangsa yang dikenalo sebagai Malayo-polynesia (melayu-Polinesia) atau austronesia

3.Merujuk kepada bangsa melayu yang terdapat di Semenanjung Malaysia dan di tempat2 lain di rantau ini.


SALASILAH BAHASA MELAYU

1.Salasilah Bahasa melayu merujuk kepada kajian tentang asal usul Bahasa melayu

2.Perkembangan Bahasa ditentukan berdasarkan faktor usia
-filum *kelompok Bahasa usia melebihi 5000 tahun
-rumpun *kelompok Bahasa usia di antara 2500 – 5000 tahun
-keluarga *kelompok Bahasa berusia kurang daripada 2500 tahun


Bahasa-bahasa Polinesia
Hawaii, Bahasa Tahiti, Tonga, Samoa, dan Maori
Bahasa-bahasa Melanesia
Kepulauan Fiji timur hingga kepulauan Pala’u barat. Termasuk Pulau Solomon dan New Guinea
Bahasa-bahasa Mikronesia
Marshall, Mariana, Karolina, Gilbert
Bahasa-bahasa di Nusantara
Kepulauan Madagaskar hingga Mikronesia dan Farmosa


HIPOTESIS TENTANG TEMPAT ASAL BAHASA MELAYU
1.Hipotesis ialah pendapat benar walaupun kebenarannya masih belum terbukti
2.Hipotesis Bahasa melayu ialah pendapat yang dipercayai benar tentang tempat asal Bahasa melayu walaupun belum dibuktikan lagi
3.Hipotesis tentang tempat asal orang melayu (bahasa melayu) ada 2. Pertama, orang melayu berasal dari kawasan Asia Tengah. Kedua, orang melayu dikatakan dari kawasan nusantara

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Aku Tidak Mahu Lagi STPM

Pavlova sedap dan tak susah