Aku Tidak Mahu Lagi STPM
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada para pembaca 😘
Semoga nota yang saya kongsikan dapat memberikan manfaat dan
menjadi kemudahan anda semua untuk dijadikan sebagai bahan rujukan 😄
Aku Tidak Mahu Lagi
oleh : T. Alias Taib
aku tidak mahu lagi
jadi saksi kepada kebenaran
kerana kebenaran sering disalahertikan
menjadi tidak benar lagi
aku tidak mahu lagi
jadi saksi kepada kepalsuan
kerana kepalsuan sering diputarbelitkan
menjadi tidak palsu lagi
aku tidak mahu lagi
jadi saksi kepada pembunuhan
kerana pembunuhan sering dibolak-balikkan
hingga pembunuh melangkah tenang
aku tidak mahu lagi
jadi saksi kepada penipuan
kerana penipuan sering disalahtafsirkan
hingga penipu bersiul riang
jadi saksi kepada kebenaran
kerana kebenaran sering disalahertikan
menjadi tidak benar lagi
aku tidak mahu lagi
jadi saksi kepada kepalsuan
kerana kepalsuan sering diputarbelitkan
menjadi tidak palsu lagi
aku tidak mahu lagi
jadi saksi kepada pembunuhan
kerana pembunuhan sering dibolak-balikkan
hingga pembunuh melangkah tenang
aku tidak mahu lagi
jadi saksi kepada penipuan
kerana penipuan sering disalahtafsirkan
hingga penipu bersiul riang
MAKSUD
Rangkap 1
Kebenaran tidak mampu ditunjukkan kerana
sering disalah anggap. Orang yang benar dianggap telah melakukan kesalahan.
Rangkap 2
Kepalsuan pula telah diputarbelitkan.
Sesuatu yang palsu telah menjadi sesuatu yang dianggap benar.
Rangkap 3
Pembunuhan tidak dapat dibuktikan
kesalahannya. Pembunuh terselamat daripada hukuman.
Rangkap 4
Penipuan yang ditafsirkan sebagai
kebenaran. Penipu gembira kerana berjaya menipu.
TEMA
Pengharapan seseorang untuk berubah kea rah
kebaikan
CIRI-CIRI
1.
Mempunyai 4 rangkap
2.
1 rangkap 4 baris
3.
1 baris 4 patah
perkataan
4.
8-15 suku kata
sebaris
PERSOALAN
persoalan kebenaran yang disalah
ertikan
persoalan penipuan yang disalah ertikan
persoalan pembunuhan yang tidak dapat
dibuktikan
GAYA BAHASA
1.asonansi
( rangkap 1 baris 2 )
2.aliterasi
( rangkap 2 baris 3 )
repitasi
( baris pertama setiap baris )
'Aku
Tidak Mahu Lagi'
3.anafora
( baris 2 )
'Jadi'
( baris
3 )
'Kerana'
4.responsi
( baris 2 )
'Saksi
Kepada'
5.epifora
( rangkap 1 & 2 baris 4 )
'Lagi'
6.kata
ganda beirama ( rangkap 2 baris 3 )
'Diputar
Belitkan'
7.paradox
( rangkap 3 baris 4 )
'Hingga
Penipu Bersiul Riang'
NILAI MASYARAKAT
-masyarakat yang pentingkan
kebenaran
- masyarakat yang tidak suka akan kepalsuan
- masyarakat yang benci akan
pembunuhan
- masyarakat yang tidak mahu
penipuan dalam hidup
PENGAJARAN
-kita mestilah mempercayai kebenaran
supaya kebenaran yang ada tidak dislah ertikan sehingga menjadi tidak
benar
- kita mestilah menghindari kepalsuan
supaya dapat menegakkan keadilan
- kita mestilah membuktikan pembunuhan
yang telah dilakukan supaya pembunuh tidak terlepas daripada hukuman
Nak analisis karya (sinopsis sajak ni)
BalasPadamApakah perutusan yg ingin disampaikan oleh penyajak dalam sajak ini?
BalasPadam