Pavlova sedap dan tak susah

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ


Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca! 😘

Memandangkan pavlova sekarang ni tengah hangat dan laris dijual dipasaran.. dan ofcozz laa ramai peminat pavlova ni kan? kalau tak ramai, takdelah pavlova yang dijual secara dalam talian dan di kedai2 zapppp habis dijual gituu 🤣 kepada peminat-peminat atau orang yang teringin sangat nak makan pavlova tu haaaa sini siss nak share resepi pavlova yang mudah-mudah jee yang penting rajin nak buat laa heheheee InshaAllah menjadi sis

Sebelum sis nak share resepi pavlova ni.. mehh sis nak cerita sikit macam mana sis tiba2 rajin nak buat pavlova biasanya sis beli je kat facebook tu hmm banyak orang jual siap ada COD tau haaa.
mcm ni laa ceritanyee.. masa tu sis dok terguling guling sambil tengok channel masakan di youtube.. ngam2 mummy sis balik dari shopping dia cakap dia beli whipping cream. Lepas tu, mummy sis suruh sis buat pavlova. mak aiii! terkejut sis.. dah lah tak pernah cuba buat pavlova sebelum ni.. dalam kepala otak sis ni aduhh lecehlah buat pavlova ni..

akhirnya, sis akur juga dengan permintaan mummy tercinta.. sis pun cari2 resepi kat Pakcik Google dan Pakcik YouTube. dan sis punn buatlah pavlova.. hmm senang je rupanya nak buat cuma tulah.. penyakit M menguasai diri 😅

Semoga resepi yang dikongsikan ini akan memberikan manfaat kepada anda semua!




Pavlova 
oleh: R D Nee 

Bahan-bahan 

Meringue 
4 biji putih telur 
3/4 cawan gula kastor
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu kecil cuka 
1 sudu kecil esen vanilla 

Topping 
1/2 cawan whipping cream 
buah-buahan (mengikut selera masing-masing)

Cara-cara 
  1. Pukul putih telur hingga berbuih (ala-ala sabun dan tab mandi gitu) dan tambahkan gula sedikit demi sedikit pukul/kacau/mix sampai putih berkilat (kalau nak dapatkan kepastian meringue tu jadi ke dop haa cuba terbalikkan mangkuk tu kalau tak jatuhh haa kira jadi laa) 
  2. Masukkan tepung jagung dan kacau sampai sebati lalu masukkan cuka dan esen vanilla kacau lagi sampai sebati je
  3. Lepas tu pipe kan meringue tu kat atas dulang yang dilapiskan dengan baking paper 
  4. Ambil sudu, ratakan meringue dibahagian atas  ( mudah untuk letak whipping cream dan buah)
  5. Panaskan oven & bakar 150 darjah celcius selama 15 min 140 darjah celcius 1 jam (kalau dah nampak meringue tu dah perang dan cuba tekan sikitt klau agak2 dh keras boleh angkat terus) 
  6. Pukul whipping cream sampai kental (lebih kurang 3 min) dan sapu atas meringue yang dah disejukkan yee 
  7. Susun buah-buahan yang menjadi pilihan hati anda semua kat bahagian atas sekali 
  8. Dan siapp! boleh ngap terus 
note : 
  • Semasa buat meringue, pastikan bekas dan mixer anda bersih. lap sampai tiada air walaupun setitik tau atau pastikan alatan anda tidak berminyak 
  • Pastikan takde sikitt pun kuning telur dalam putih telur yang anda akan gunakan tu.. kalau tak hmm telur putih tu takkan menggebu naik gitu 
  • Meringue yang tak muat dalam plastik piping tu letakkan dalam peti sejuk 
  • Nak guna cup atau tidak terpulang kepada anda 
Bahan-bahan untuk membuat meringue 

Hasil meringue yang putih berkilat dan bertanduk huhuu

tompokan kecil2 yang dipipekan

buatkan bulatan pada bahagian atas meringue sebelum dibakar

pipekan atau sapu je whipping cream 

Susunkan buah-buahan (apple je)

Pavlova kiwi dan dragon fruit 

haaa ni versi besar gedebuk macam tu diletakkan dalam cup

lepas dibakarr

tadaa Pavlova kiwi , plum dan pear 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Aku Tidak Mahu Lagi STPM

Asal Usul Bahasa Melayu STPM