Air Buah Koktail semudah 1,2,3!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca!😙

Pada hari ini, saya akan kongsikan resepi yang sangat mudah dan digemari oleh setiap lapisan masyarakat. heheee... resepi ini sesuai untuk dijadikan sajian ketika rumah terbuka, majlis sambutan ulang tahun, aktiviti berkhelah dan lain-lain. hanya perlukan beberapa bahan dan amat senang untuk dilakukan! tak percaya? jomm ikuti resepi dibawah!
semoga resepi yang saya kongsikan memberi manfaat kepada semua para pembaca. 


Air Buah Koktail

oleh: R D Nee


Bahan-bahan

2 tin susu cair
1 tin buah laici
1 tin buah koktail
Nata de coco
Sumi jelly
Ais
Gula (sy letakkan 2 senduk lebih gula. Anda boleh ubah sukatan gula mengikut citarasa anda semua)
Secubit garam (masukkan sedikit garam untuk berikan kelainan rasa supaya lebih sedap dan menarik)

Cara-cara

Masukkan susu cair, gula dan garam ke dalam jug dan kacau sehingga larut dan sebati

Masukkan buah koktail,laici,nata de coco dan sumi jelly (masukkan sekali airnya sekali tau) ke dalam jug

Akhir sekali, masukkan ais dan siappp! Boleh dihidangkan dan terus minum

Hmmmm sedapp… terbaik! Sesuai diminum ketika cuaca panas-panas ni





Tadaaa hasilnyaaa!

Selamat Mencuba! 💗😍

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Aku Tidak Mahu Lagi STPM

Asal Usul Bahasa Melayu STPM

Pavlova sedap dan tak susah