Cream Puff Mudah je


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ


Assalamualaikum dan selamat sejahtera diucapkan kepada semua pembaca!😘

Pada hari ini, saya akan kongsikan resepi untuk membuat cream puff 😍 InshaAllah menjadi dan enak dimakan sehingga menjilat jari.
hmm.. sebut sahaja cream puff saya rasa lapar pulak walaupun baru je lepas makan nasi lemak tadi sedappp 🤣 saya sebenarnya hantu cream puff .. saya amat menggemari cream puff.. haa sebab nilah saya cuba untuk membuat sendiri cream puff di rumah saya..
laaa rupa-rupanya mudah jee nak buat cream puff ni 😅
tak percaya? jom! baca resepi saya dan cuba buat sendiri dirumah anda

CREAM PUFF 
oleh : R D NEE



Bahan-bahan Puff

125g tepung naik sendiri (tepung gandum pun boleh je) + 2 sudu kecil baking powder

100g butter

250ml air

1 sudu kecil esen vanilla

3 biji telur ( kalau guna telur gred C boleh guna 4 biji yee)

Cara-cara

Panaskan air, gula dan butter sehingga mendidih

Setelah bahan-bahan tersebut larut, kecilkan api dan masukkan tepung, kacau secara terus sehingga terdapat kepingan nipis terbentuk pada dasar periuk.

Tutupkan api dapur dan masukkan sebiji telur dan kacau sehingga doh terbentuk dan sebati, masukkan sebiji telur dan kacau sehingga doh terbentuk. ulangi langkah tersebut sehingga kesemua telur dimasukkan dan masukkan esen vanilla

Setelah adunan sebati, masukkan ke dalam piping bag

Pipekan adunan ke atas dulang yang telah disapu dengan mentega dan spraykan air ke permukaan puff supaya doh tersebut naik ketika dibakar (panaskan oven sebelum bakar puff yee)

Bakar puff pada suhu 200 darjah selama 25-30 minit (sehingga bahagian bawah tidak melekat dan permukaannya berwarna kecoklatan)

Angkat puff dari dulang pembakar dan sejukkan sebelum dimasukkan filling kastard





Bahan-bahan Filling Kastard

2 sudu besar tepung gandum

2 sudu besar tepung jagung

8 sudu besar gula

2 cawan susu segar

2 biji telur gred A

1 sudu teh esen vanilla

2 sudu besar mentega

secubit pewarna kuning

Cara-caranya

Masukkan tepung gandum, tepung jagung dan gula ke dalam periuk dan kacau

Masukkan telur sebiji demi sebiji dan kacau sehingga sebati dan masukkan esen vanilla,susu segar dan pewarna kuning

Setelah bahan-bahan tersebut dikacau sehingga sebati (pastikan tidak berketul yee) masakkan bahan-bahan tersebut dengan menggunakan api sederhana dan kacau supaya tidak berkerak atau hangus

Kacau sehingga bahan tersebut pekat dan padamkan api dan masukkan mentega dan kacau

Sejukkan filling dan masukkan ke dalam piping bag

Paipkan filling ke dalam puff




Sebagai hiasan,

saya hanya cairkan coklat masakan dengan menggunakan kaedah double boiling dan letakkan di atas puff setelah itu, saya ayakkan gula aising ke atas puff dan siapp! 




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Aku Tidak Mahu Lagi STPM

Asal Usul Bahasa Melayu STPM

Pavlova sedap dan tak susah