Cupcake Milo Semudah 1,2,3


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ


Assalamualaikum dan selamat sejahtera diucapkan kepada semua pembaca 😃


Pada hari ini, saya akan kongsikan kepada semua resepi cupcake yang sangat ringkas, mudah dan InshaAllah menjadi sedap dimakan hingga menjilat jari 😍 
Semoga resepi yang saya kongsikan ini dapat memberi manfaat kepada anda semua
Selamat mencuba 😘



KEK CAWAN MILO SEMUDAH 1,2,3
OLEH: R D NEE 

BAHAN-BAHAN 
1.      2 cawan milo 
2.      3/4 cawan tepung naik sendiri 
3.      3 biji telur 
4.      1/2 cawan minyak masak 
5.      3 sudu besar susu pekat manis 
6.      1/2 sudu kecil esen vanilla 
7.      1/2 sudu kecil garam halus 

CARA-CARA
1.      Gabungkan milo, tepung naik sendiri, garam halus dan ayakkan 
2.      Pukul telur hingga kembang dan masukkan minyak masak, susu pekat manis dan esen vanilla kacau sehingga sebati
3.      Masukkan bahan-bahan kering ke dalam adunan sedikit demi sedikit dan kacau hingga sebati 
4.      Masukkan adunan ke dalam cup (saya gunakan 1 scoop aiskrim untuk setiap cup lebih mudah dan sekata)
5.      Bakar dengan menggunakan suhu 170 darjah selama 20-30 minit (bergantung kepada oven masing-masing. cucuk kek dengan menggunakan lidi satay je.. kalau tak ada kesan pada lidi .. suda dikira masak



Cupcake sebelum dimasukkan ke dalam oven 


tadaaa! cupcake yang siap dibakar😍


Cadangan dari saya, letakkan topping coklat yang mudah dan ringkas 🍫 Anda boleh dapatkan resepi topping coklat di blog saya yang lain 😉
Selamat Mencuba!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Aku Tidak Mahu Lagi STPM

Asal Usul Bahasa Melayu STPM

Pavlova sedap dan tak susah